FacebookGoogle

Facebook Ads atau Google Ads ?

Facebook Ads atau Google Ads

Facebook Ads atau Google Ads ? Saya sering diajukan soalan ini oleh mereka yang baru ingin mulakan perniagaan, dan juga marketer-marketer baru. Secara keseluruhannya, sekiranya anda masih belum ada customer database, kebiasaanya saya akan sarankan bermula dengan Google Ads.

Kenapa ?

Google merupakan salah satu enjin carian yang sering kita gunakan untuk selidik ataupun ingin membeli sesuatu produk. Syarat Apabila kita menggunakan Google Ads, iklan kita akan dipaparkan setelah prospek membuat carian berdasarkan kata kunci yang digunakan pada enjin carian Google.

Apabila prospek klik dan membaca iklan kita, ada kemungkinan mereka akan membeli itupun bergantung pada copywriting iklan anda, dapat menarik minat dan kepercayaan mereka untuk membeli ataupun tidak. Konsepnya disini, ‘Prospek Cari Produk‘.

Untuk Facebook Ads pula, iklannya saya boleh katakan jenis ‘mengganggu’ pengguna facebook bersosial. Matlamat utama pengguna facebook scroll feed, tonton video, dan sebagainya adalah untuk bersosial, tetapi terselit iklan-iklan yang kita panggil sebagai Sponsored Post.

Facebook ads menggunakan data behaviour, interest dan data pengguna sebagai targeting umum untuk iklan-iklan tersebut. Hanya iklan yang dapat menarik perhatian pengguna facebook semasa bersosial sahaja berpeluang untuk ‘menjual’. Paling teruk pun, iklan anda akan diabaikan begitu sahaja kerana mereka sebenarnya tidak berminat dengan produk yang anda jual. Konsepnya disini, ‘Produk Cari Prospek‘.

facebook ads dan google ads

Melainkan, anda sudah mempunyai customer database atau anda telah menanam FB Pixel pada website anda, maka Facebook Ads boleh memberikan conversion jualan yang agak baik berbanding dengan konsep diatas. Anda boleh menggunakan fungsi ‘Custom Audience’ yang sedikit berbeza dengan targeting umum seperti perenggan diatas.

FB Pixel yang ditanam dalam laman web anda boleh mensasarkan iklan kepada mereka yang pernah melayari laman web anda dengan menggunakan fungsi ‘Custom Audience’. Ini bermaksud, iklan yang disasarkan di Facebook ‘kena’ tepat pada prospek yang sememangnya mahukan produk anda, secara tak langsung iklan yang sama muncul di Facebook dapat meningkatkan kepercayaan prospek terhadap produk anda.

Selain itu, sekiranya anda sudah mempunyai customer database, anda boleh sasarkan iklan anda hanya kepada customer database anda dengan menggunakan Custom Audience. Iklan jenis ini amat sesuai untuk menjual produk repeat order ataupun produk yang berkaitan kepada customer database yang sama.

Dibawah saya tunjukkan aliran mudah untuk difahami berdasarkan apa yang saya sarankan diatas.

Buat Laman Web + Copywriting + FB Pixel ->Google Ads -> Facebook Ads

Mereka kurang yakin dari Google, yakinkan mereka di Facebook pula !

facebook vs google

Saranan saya diatas sesuai untuk mereka yang ingin menjual produk online secara menyeluruh. Sekiranya anda ingin menumpukan produk anda kepada sesuatu kawasan, behaviour atau interest, adalah lebih baik anda mengguna Facebook Ads kerana iklan anda akan lebih mudah sampai kepada target pengguna.

Bagaimana dengan anda ? Facebook ads atau Google Ads ? Atau kedua-duanya ? 🙂

Jom baca post saya berkaitan ‘Perbezaan Facebook Ads atau Google Ads’ disini : http://niagainternet.com/perbezaan-facebook-ads-dan-google-ads

Inginkan laman web untuk memudahkan urusan perniagaan anda ? Baca post saya dibawah :

Ingin menjadi Dealer / Agen Topup Niaga ? Klik disini : http://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Ingin menjadi Sales Advisor Redone ? Klik disini : http://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Dapatkan tips, promosi dan informasi terkini daripada Niaga Internet khas kepada anda !

You have Successfully Subscribed!