Perniagaan Internet

2 Bisnes Online Yang Sedang Meroket Di Tahun 2019 – Terbukti!

Tren bisnes online itu sentiasa mengalami perubahan setiap tahun. Jika anda seorang usahawan yang baru mula berjinak dalam bisnes online maka 2 bisnes online yang sedang meroket di tahun 2019 ini akan sesuai bagi anda.

  • Jadi You Tuber

Perkiraan pendapatan dari king of You Tube Of Asia, Atta Halilintar dengan 16 juta subscriber adalah $37,000 atau setara dengan RM154,000 lebih. Data ini saya cek dari Social Blade.

Itu sebabnya jadi banyak orang ingin menjadi You Tuber, kerana pendapatan yang sangat tinggi. Namun ada banyak hal yang membuat orang tidak yakin untuk menjadi You Tuber seperti harus menggunakan kamera yang bagus, props yang lengkap, lightning yang lengkap dan lain-lain.

Saya memulakan channel You Tube hanya dengan software untuk editing yaitu Windows Movie Maker. Channel pertama saya adalah channel berita tentang berita mengenai artis-artis luar negara. Ini menyebabkan pendapatan Adsense saya sangat besar kerana yang klik iklan adalah orang luar negara.

Kamera dan perlengkapan bukanlah satu halangan bagi anda untuk memulakan sebuah channel. Mulai guna dengan apa yang ada. Jika anda berminat nak buat duit dengan You Tube sila belajar di sini.

  • Dropshipper

Ini adalah bisnes model yang paling mudah untuk dijalankan. Anda menjadi orang tengah antara pembekal dan pembeli. Untung akan anda dapatkan dari mark up harga modal barang. Jangan meremehkan pendapatan sebagai seorang Dropshipper.

Steven & Evan Tan adalah role model yang berjaya hanya sebagai dropshipper. Mereka memasarkan produk di luar negara dan menggunakan pengiklanan Facebook Ads untuk mempromosikan produk yang mereka jual. Pendapatan mereka untuk satu kedai boleh mencecah sampai xxx,xxx $.

Anda boleh memulai bisnes dropship dengan mencari produk yang sedang hot. Setelah itu baru mencari pembekal, jika sudah deal maka jalankan iklan Facebook Ads untuk testing dan mempromosikan produk yang anda jual. Kelebihan dari pengiklanan Facebook Ads adalah anda mampu reach pelanggan tepat sasaran. Sekali anda sudah jumpa lubuk pelanggan di sana anda boleh scale up untuk meningkatkan lagi pendapatan.

Mana yang sesuai untuk anda? Pilihan ada di tangan anda. Pilih dan fokus lah satu bisnes sampai jadi. Semoga bermanfaat.

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Dapatkan tips, promosi dan informasi terkini daripada Niaga Internet khas kepada anda !

You have Successfully Subscribed!